“Wanita jadian” yang berasal dari Michigan ini menuntut bekas teman lelakinya memulangkan organ miliknya yang dibuang dalam satu pembedahan.
Organ yang dimaksudkan ialah testikel miliknya yang disimpan di dalam sebuah peti ais di rumahnya.
Brianna Kingsley, 40, memfailkan afidavit dengan mendakwa bahawa William Wojciechowski, 37, telah menyimpan organ miliknya di dalam peti ais bersebelahan dengan telur.
“Tuntutan pemulangan segera spesimen organ milik saya dengan ganti rugi sebanyak AS$6,500 (RM29,727),” demikian menurut dakwaan yang difailkan di Mahkamah Daerah Pontiac, minggu lepas.
Namun, Wojciechowski mendakwa Kingsley telah menganggunya selama lapan bulan dan akan menggunakan dakwaan itu terhadapnya.
Wojciechowski juga berjaya mendapatkan surat arahan perlindungan peribadi pada 13 disember lalu dan ia melarang Kingsley daripada membeli senjata api serta menegah transgender itu daripada berhubung dengan Wojciechowski secara peribadi, pihak ketiga atau media sosial. – AGENSI