Siapa yang tidak kenal Cristiano Ronaldo? Pemain yang hampir capai usia emasnya pada hujung tahun kini sedang bergelut EURO 2024 mewakili Portugal. Di usia 39 tahun masih mampu menunjukkan prestasi yang ‘menggila’ malah larian lariannya pula kekal konsisten.
Zaman kegemilanganya mungkin sudah capai ke penghujungnya beberapa tahun lagi. Namun yang menjadi perhatian adalah kekayaannya dalam era bola sepak kini.
Memetik dari Forbes, Cristiano muncul pemain bola sepak dengan bayaran tertinggi di dunia pada tahun 2023, memperoleh pendapatan lebih daripada pemain seperti Lionel Messi dan Neymar dalam tempoh 12 bulan lalu
Ronaldo, yang juga disenaraikan Forbes sebagai atlet dengan bayaran tertinggi dalam mana-mana sukan, mendahului senarai dengan jumlah pendapatan dijangka AS$260 juta (RM1.22 bilion).
Kontrak penyerang Portugal itu bersama kelab Arab Saudi, Al-Nassr, yang disertainya dari Manchester United pada Januari 2 tahun lalu, dilapor bernilai AS$200 juta (RM945 juta) manakala portfolio sokongannya termasuk Nike dan Jacob & Co dianggarkan bernilai AS$60 juta (RM284 juta) setiap tahun.
Messi menduduki tempat kedua dalam senarai itu dengan jumlah pendapatan dijangka AS$135 juta (RM638 juta), dirangsang susulan perpindahannya ke kelab Majos League Soccer (MLS), Inter Miami.
Messi adalah pemain MLS pertama yang muncul dalam 10 teratas sejak David Beckham pada tahun 2012.
Penyerang Brazil, Neymar melengkapkan tiga teratas dengan jumlah pendapatan AS$112 juta (RM529 juta) selepas menandatangani kontrak dengan Al-Hilal dalam Liga Pro Saudi pada Ogos lalu.
Pengaruh Liga Pro Saudi jelas dilihat dalam senarai Forbes dengan empat pemain (Ronaldo, Neymar, Karim Benzema dan Sadio Mane) berada dalam senarai 11 teratas dunia.
Gabungan pendapatan empat pemain Liga Pro Saudi dikira untuk lebih separuh daripada AS$995 juta (RM4.7 bilion) yang diperoleh secara kolektif oleh semua 11 pemain dalam senarai terkaya, kata Forbes.
Kylian Mbappe berada di kedudukan seterusnya, di belakang bekas rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain, Neymar, dengan jumlah pendapatan AS$110 juta (RM520 juta).
Kata Forbes lagi, angka pendapatan di padang termasuk semua wang hadiah, gaji dan bonus yang diperoleh dalam tempoh 12 bulan lalu manakala pendapatan di luar padang adalah anggaran tawaran penajaan, yuran penampilan, pendapatan pelesenan dan pulangan tunai daripada perniagaan yang dikendalikan.
Baca: Ini antara sebab kenapa PMX masih benarkan Blackrock beroperasi di Malaysia, tak sangka..