Kelakar! Panggil staff sendiri “yang” dalam group whatsapp, riuh rendah group!

Zaman sekarang boleh dikatakan semua orang menggunakan telefon pintar dalam kehidupan seharian. Ya, ia memudahkan untuk berkomunikasi dari jarak jauh. Tambah-tambah lagi sekarang macam-macam aplikasi ada termasuklah yang paling dikenali iaitu aplikasi Whatsapp.

Seperti bak kata pepatah, manusia tidak lepas daripada kesilapan. Begitu juga dengan kisah seorang ayah ini yang tersalah hantar mesej menerusi grup Whatsapp keluarganya cetus cemas semua orang, termasuklah isterinya.

Satu ciapan daripada Twitter @Nisha ini dimana ayahnya tersilap hantar mesej. Apa yang menarik perhatian ramai, respon ibunya membuatkan ramai terhibur.

“Yang you pakai sekarang and the new one?” tulis ayah gadis ini menerusi grup Whatsapp tersebut. Rupa-rupanya mesej tersebut hendak dihantar ke staff pejabat. Situasi cemas dan lucu apabila ibunya membalas dengan mengatakan “Apasal panggil staff yang?.”

Setelah si ayah telah membuat penjelasan tentang ‘Yang’ itu, tiba masa anak-anak pula cuba menyakat ibunya. Perbualan dalam Whatsapp tersebut menjadi hiburan dan ramai yang terhibur dengan gelagat ibunya.

“Diam lah, dah la single”

Rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat mereka sekeluarga. Ciapan tersebut mendapat lebih dari 28 ribu ulangkicau dan 46 ribu tanda suka.