Kerajaan Kelantan mahu bina kolam renang bernilai RM20 juta.Menurut Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat kerajaan Kelantan memperuntukan RM20 juta untuk membina kolam renang (pusat akuatik) di Tiong Kota Bharu sebagai persiapan Sukan Malaysia 2026.
Tidak dinafikan pembangunan sukan perlu dipertingkat kerana aspek ini juga sebahagian pembangunan negeri.
Sewajarnya Kelantan memiliki pusat akuatik sendiri untuk melahirkan jaguh renang negara.
Tetapi ada sedikit canggung dengan usaha itu memandangkan beberapa keperluan asas lain lebih mendesak masih belum diatasi sebaiknya. Contohnya masalah air bersih. Masih ekdapatan paip air di negeri itu mengeluarkan air merah atau tea tarik dan milo percuma.
Masa balik Kelantan kelmarin saya memasuki sebuah restoran di Pasir Mas Kelantan, paipnya mengeluarkan air merah. Melihat kapasiti kedai itu tidak wajar kalau paipnya mengeluarkan air merah. Tidak patut.
Menurut tuan kedai, air paip merah itu sudah lama berlaku dan pekedai itu sudah malas untuk melaporkannya kepada Air Kelantan.
Sementara di Pulai Condong juga kewujudan logi besar disitu tidak membawa apa-apa makna buat penduduk. Paip masih tidak mengeluarkan air, dan hanya keluar angin sahaja. Sekali sekala kalau keluar air, warnanya berbeza-beza, tidak bening dan berkaca seperti air di Selangor.
Jadi masalah air di Kelantan sangat kritikal. Sepatutnya kerajaan mengetasi dan menyelesaikan masalah asas ini dahulu yang membabitkan seluruh penduduk berbanding membina akuatik yang hanya keperluan segelintir sahaja.
Dan kalau pun kolam itu dibina, apakah airnya nanti tidak berwarna merah atau warna tea tarikh seperti yang keluar dari paip sesetengah penduduk. Utamakanlah yang lebih utama.
sumber :