Pendakwah terkenal yang dipanggil polis bagi membantu siasatan kes gangguan seksual selesai memberi keterangan sebentar tadi.
Lelaki berusia 30-an terbabit dilihat keluar dari pintu utama Bukit Aman pada 2 petang.
Beliau memberi keterangan selama lima jam sebaik tiba pada 9 pagi tadi.
Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Harian Metro semalam melaporkan seorang pendakwah terkenal dipanggil Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung siasatan berkaitan dakwaan gangguan seksual.
Ia susulan tular di media sosial mengenai video lucah yang menunjukkan lelaki mirip pendakwah itu.
sumber : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/08/744295/pendakwah-terkenal-selesai-beri-keterangan-selepas-lima-jam