Keluar ikut pintu belakang, Ronaldo nekad mahu tinggalkan Manchester United. Pengurus lagenda Manchester United gagal memujuk Cristiano Ronaldo untuk terus kekal di Old Trafford.
Perbincangan di antara Sir Alex Ferguson berlansung semalam selepas pemain Portugal itu tetap nekad untuk meninggalkan kelab kerana ingin Liga Juara-Juara Eropah lapor Daily star.
Fergie, 80, berada di Carrington untuk menghadiri mesyuarat ahli lembaga pengarah dan kebetulan Ronaldo pulang semula ke Manchester buat kali pertama sejak hujung musim lalu.
Mahu berpindah sebelum jendela perpindahan ditutup
Tetapi, ikon Portugal itu tidak mahu meneruskan komitmen semusim lagi dengan United dan mahu mencari kelab baharu sebelum jendela perpindahan ditutup.
Pemain berusia 37 tahun itu memberitahu United, dia mahu meninggalkan pasukan pada awal musim panas kerana tidak yakin pasukan itu cukup bagus untuk bersaing merebut trofi utama.
Ronaldo tiba di Carrington pada 11 pagi semalam bersama Mendes di tempat duduk penumpang sebelum dilihat meninggalkan ibu pejabat itu pada 4.45 petang, tetapi melalui pintu belakang.
Tidak dapat dipastikan sama ada Mendes berada di dalam keretanya pada ketika Ronaldo dilihat memandu keseorangan.