‘Keluar tiba-tiba patah balik, kami rasa lain tapi tak mahu pikir apa-apa’- 3,000 iringi Hattem Rashdi

Perjalanan terakir Muhammad Hattem Rashdi, 22 merpakan seorang pelumba drag yang meninggal dunia dalam kecelakaan ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship adalah seorang anak yang taat.

Kehadiran kira-kira 3,000 orang termasuk rakan dan pengikut media sosial dari seluruh negara untuk menziarahi jenazah arwah ketika dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Padang Lalang, Alor Janggus di Kuala Kedah.

Malah semua adik beradiknya tidak tahu apa amalan arwah ketika dia hidup cuma dia adalah seorang anak yang taat serta baik dan suka tolong orang.

Menurut kakak arwah, Noor Amalia Rashdi, 27, seawal jam 4 pagi selepas berita kematian arwah tersebar, orang ramai sudah membanjiri pekarangan rumah termasuk rakan-rakan dan pengikut media sosialnya dari Johor, Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang.

“Entah apa kebaikan yang arwah buat tetapi di mata kami arwah seorang anak yang sangat taat dan baik. Dia juga tak lokek ilmu,” katanya ketika ditemui di kediamannya.

Jenazah Allahyarham Muhammad Hattem dikebumikan pada pukul 12 tengah hari tadi setelah disembahyangkan di masjid berkenaan.

Terdahulu jenazah Muhammad Hattem diusung oleh rakan-rakannya ke masjid berkenaan dari rumah mereka yang terletak kira-kira 250 meter.

Menurut Noor Amalia, rakan-rakan dan pengikut arwah meminta keizinan untuk mengusung sendiri jenazah ke masjid berkenaan sebagai penghormatan terakhir mereka.

@boboiyot._94

Ramai sayang hang Tem☺️semoga hang tenang kat sana🤲🏻. #hattemrashdi #alfatihah

♬ original sound – rashied ghoul – rashied ghoul

Bercerita lanjut kata seorang lagi kakak Muhammad Hattem, Noorasyikin, 36, arwah menunjukkan sikap agak luar biasa apabila keluar dari rumah untuk ke Pekan pada pukul 4 petang, Jumaat lepas.

“Tidak seperti biasa, arwah keliling rumah bersalam dengan kami termasuk dengan datuk dan nenek. Arwah ada cakap dekat mama, doakan ceq. Itulah kata-kata terakhir arwah sebelum pergi.

“Mula-mula memang tak terasa perubahan tetapi selepas berlaku kejadian baru kami sedar, arwah pun nampak gelisah sebelum keluar rumah. Seolah-olah tak mahu tinggalkan kami.

“Arwah keluar pukul 4 petang tiba-tiba dia patah balik rumah sebab tertinggal topi. Kami pun rasa lain tapi tak mahu fikir apa-apa,” ujarnya.

Baca juga: Mahu buktikan bahagia, Abang Tesla bawa 2 orang isteri pergi umrah