“Keluarga kekasih aku orang kaya, bila raya aku bawak keluarga pergi rumah dia, sedih aku keluarga buat macamaku tak wujud”

Dalam mencari pasangan sangat dituntut untuk mencari yang sepadan atau sekufu agar rumah tangga yang dibina itu lebih harmoni. Isu ini tidak seharusnya dipandang enteng kerana akan memberi kesan buruk pada hubungan pada masa hadapan. Ikuti kisah ini.

Assalamualaikum semua. Nama aku Adam. Aku membesar dan sedar yang aku datang dari keluarga sederhana cukup pakai makan minum. Rumah pun flat sewa bayar bulanan, saudara mara pun lebih kurang sama hidup.

Sampai satu hari, aku bercinta dengan seorang gadis ni. Dari awal aku tahu dia ni dari keluarga yang senang. Kalau mudah bahasanya aku keluarga B40 dan pasangan aku ni T20. Bukan setakat keluarga dia tapi saudara mara dia pun semua T20 jenis yang semua ada tertiary education.

Mak ayah dia ada PHD, adik beradik dia ada phd / master dan pasangan aku pun waktu tu tengah ambil PHD. Aku ada rasa macam “insecure” tapi tak ada lah teruk mana sebab aku pun waktu tu part time master. Sampai lah raya 2018, family dia ada buat open house jadi jemput aku dan keluarga sekali.

Aku pun bawa mak ayah akak dan adik aku kami 5 orang satu keluarga. Inilah macam moment yang bukan setakat aku rasa rendah sangat tapi satu keluarga aku. Rumah family dia aku tak pernah datang, kali pertama datang aku mak ayah adik akak bila datang ternganga besar sebab rumah ni selama ni kami nampak cuma dari dalam tv cerita orang kaya tak pernah masuk di dunia realiti.

Kami selama ni duduk rumah flat 3 bilik sahaja itu pun sewa 550 sebulan. Datang tu memang terus terang janggal sungguh. Aku drive kereta wira yang parking dekat situ semua kereta jenis mahal. Sampai tu memang pasangan aku atau nama dia Maya (bukan nama sebenar) sambut aku pun jumpa mak ayah dia.

Aura orang kaya dan berpendidikan ni lain macam. Ayah dia tu bercakap pun tak pandang mata. Dia cakap dalam english “happy eid and enjoy your meal,” lepas tu terus sambut tetamu lain.

Ayah dengan mak aku cuma mampu tersengih sambil cakap dekat Maya “takpe sibuk tu” sepanjang dekat rumah tu memang kami satu keluarga terasa sangat macam alien dekat situ.

Tak sampai sejam aku pun balik. Aku bagi alasan dekat Maya cakap mak tak sihat dia siap offer panggil diorang punya family doctor untuk check aku reject, cakap tak apa balik rumah rehat.

Malam tu mak dengan ayah aku cakap diorang suka Maya, dia baik, lawa, cakap pun elok, suara sedap di dengar, ada kerjaya bagus, tapi diorang kalau boleh nak aku cuba cari jodoh yang sepadan.

Selama ni aku tahu Maya tu sendiri dari keluarga kaya tapi aku selalu sedapkan hati, “kalau dah jodoh tak ke mana”. Tapi bila mak dengan ayah aku cakap macamtu sejujurnya aku terus rasa yang kami ni tak sepadan senang cerita tak sekufu.

Aku kerja Alhamdulilah okay dan gaji pun lumayan. Tapi gaji Maya hampir 5x dari aku. Aku sendiri pernah cuba check dekat internet pasal mak ayah dia kalau dikira gaji mak ayah diorang ni setiap tahun campur gaji jejak 7 angka.

Mak dengan ayah aku sejak hari tu kalau macam Maya datang melawat diorang macam mengelak sebab tak berani berbual. Pernah sekali aku tengah duduk makan dekat dapur mak aku cakap dia malu. Keluarga Maya orang kaya sedangkan mak pula belajar sekolah pun tak habis.

Selepas beberapa bulan aku sendiri cakap dengan Maya yang kami berdua tak serasi. Memang bergaduh teruk sebab selama ni aku tak pernah sentuh langsung dia anak orang kaya. Akhirnya kami berpisah kecewa jangan cakap memang terlampau kecewa sedih sebab kami kenal dah lama.

Sewaktu bercinta tu macam-macam jenis janji dah buat. Alhamdulilah kami dapat berpisah dengan cara baik. Sekarang pun aku dan Maya masih belum berkahwin tapi ada juga contact macam sebulan sekali. Bila fikirkan sedih sebab pada aku Maya ni terlampau sempurna pada aku.

Tapi bila aku fikir tembok antara aku dan keluarga dia tinggi sangat. Aku pernah lepas kejadian rumah terbuka jumpa mak ayah Maya. Ayah dia punya cara bercakap macam aku bercakap dengan boss tempat kerja dia pandang lain dan cuma dengar aku cakap.

Mak dia lagi lah waktu pertama kali jumpa dia pandang atas bawah lepastu simple greeting dan terus pergi tempat lain. Adik beradik dia pun yang tua tu semua memang serupa mak ayah diorang. Sekarang ni pun aku masih cuba cari jodoh tapi itulah payah.

Aku cuba cari yang sekufu yang taraf hidup dan latar belakang kami sama tapi hakikatnya berkenalan, jatuh cinta, kahwin kenalkan keluarga masing-masing adalah satu proses yang rumit dan makan masa. – Adam (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Selalu rasa rezeki sempit? Ustazah ini ajar amalan untuk menarik rezeki