Bomoh yang disebut-sebut didalam kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) rupanya merupakan salah seorang bapa kepada rakan Zulfarhan Zulkarnain.
Nama sebenarnya ialah Abdullah Md Seh yang mendedahkan dirinya melihat Zulfarhan Zulkarnain mencuri komputer riba yang dikatakan penyebab pelajar itu dibuli rakan-rakannya
Berikutan kejadian itu, kedua ibu bapa arwah Zulfarhan Zulkarnain dikatakan mahu menuntut bela dan menyaman fitnah terhadap Abdullah kerana membuat kenyataan hingga menyebabkan kematian anak mereka.
Namun, peguam Mahmud Jumaat menyatakan ia tidak mungkin terjadi disebabkan individu yang difitnah telah meninggal dunia iaitu Zulfarhan Zulkarnain.
“Orang yang meninggal dunia tidak boleh melalui warisnya menyaman untuk memulihkan reputasinya. “
“Selanjutnya walaupun saman fitnah telah dimulakan oleh si mati semasa dia masih hidup, Saman itu akan berakhir apabila si mati meninggal dunia dan warisnya tidak boleh meneruskannya untuk kepentingan harta pusaka.”
Mahmud turut mendakwa apabila mati seseorang yang difitnah itu, kes tersebut juga akan berakhir dan ianya tidak boleh diteruskan oleh ahli keluarga yang lain.
Namun peguam tersebut memberikan cara lain yang mampu digunakan oleh ahli keluarga untuk menuntut bela kematian anak mereka.
“Satu-satunya tindakan yang boleh diambil oleh waris arwah Zulfarhan keatas tukang tilik adalah dengan menuntut ganti rugi atas tindakan tidak bertanggungjawab tersebut bawah seksyen 7(1) Akta Undang-Undang Sivil.”
Namun ia turut menemui jalan buntu kerana Seksyen 7(5) Akta Undang-Undang Sivil mempunyai tempoh masa selama 3 tahun dari kejadian berlaku untuk dituntut berikutan ia telah berlaku lebih dari 7 tahun.
Baca juga: Boikot menjadi! Jualan McDonald’s seluruh dunia jatuh mendadak