Dua pokok durian ini berusia 150 tahun menjadi tumpuan ramai kerana pertama kali mengeluakna hasil justeru ada dikalangan peminat durian tidak sabar untuk merasai kualitinya.
Orang ramai yang hadir ingin merasai sendiri kelazatan buah durian daripada pokok berkenaan. Difahamkan, buah durian daripada pokok tersebut dijual pada harga 50 Baht (RM 6.70) sekilogram.
‘Hantu’ Raja Buah itu berasal dari wilayah Trang, Thailand sepeti dilaporkan The Thaiger.
Pemilik pokok tersebut Sathit Rammana, 52 dilapor tidak menang tangan memenuhi pesanan pelanggan, di mana pesanan yang diterima melebihi bekalan buah yang mampu ditawarkan.
Sathit berkata dusun durian itu telah diusahakan oleh nenek moyangnya, dusun seluas 9 ekar tersebut telah ditanam dengan lebih 60 jenis pokok durian asli daripada pelbagai jenis.
Kedua-dua pokok berkenaan mengeluarkan hasil buat pertama kali pada Mei sehingga awal Jun. Seterusnya, pokok-pokok tersebut akan berbuah buah kali kedua pada Jun hingga Julai. Setiap pokok dianggarkan mampu berbuah antara 20 sehingga 30 biji buah.
Namun begitu, terdapat dua batang pokok durian, Chao Hua Laan dan Chao Si Mok yang paling mencuri tumpuan di dusun tersebut disebabkan faktor usianya.
Untuk tahun ini, dusun durian berkenaan menerima bilangan pelanggan yang luar biasa, sama ada pelanggan baru mahupun pelanggan setia disebabkan harga lebih murah berbanding tahun lepas.
Menariknya lagi, pelanggan yang berhajat membuat pembelian dibenarkan untuk merasa sampel buah terlebih dahulu.
Durian-durian itu difahamkan mempunyai rasa premium, isi tebal, kuning, wangi, manis dan licin, sama seperti jenis durian berkualiti tinggi.
Tahun ini Sathit bercadang untuk menyertai pertandingan durian asli dalam pertandingan tempatan di wilayah Trang pada 9 Jun.
Tujuan pertandingan itu adalah untuk mengekalkan warisan genetik durian selaras dengan inisiatif diraja Puteri Maha Chakri Sirindhorn.