Kemaluan tersangkut di galah, atlet Olimpik ini jadi tular

Siapa sangka mempunyai kemaluan yang besar juga menjadi satu kelemahan di Olimpik. Lagi- lagi jika anda menyertai acara lompat galah.

Ini semua terjadi apabila atlet lompat bergalah Perancis, Anthony Ammirati menjadi perhatian selepas gagal meraih sebarang pingat dalam acara lompat galah ekoran kemaluannya yang terlalu besar.

Atlet berusia 21 tahun itu dilihat bersedia untuk melepasi 5.70m sehingga ‘boboinya’ menafikan percubaan ketiganya pada hari Sabtu sekaligus mendapat perhatian di media sosial.

Ammirati sudah melepasi dua ketinggian sebelum alat sulitnya merosakkan markahnya. Dia akhirnya menduduki tempat ke-12 dengan ketinggian 5.60 dalam Kumpulan A.

Robin Emig dan Thibault Collet – rakan senegara Ammirati masing-masing merekodkan ketinggian 5.60 meter dan 5.75 meter.

Di media sosial kini menjadi topik perbualan hangat dengan jenaka mengenai kemaluan Ammirati, atlet itu terpaksa menerima hakikat yang beliau tidak mempunyai peluang lagi untuk bersaing untuk pingat dan telah keluar dari Sukan Olimpik, bersama-sama dengan lompat bergalah Perancis yang lain.

Baca: Nak masak kena rajin je! Tak sangka ada tips mudah nak buat pes tomyam sendiri, ceduk je ‘settle’