Semalam Malaysia digegarkan dengan berita mayat penyanyi Nidza Afham ditemui di Sungai Klang. Penemuan ini disahkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses selanjutnya.
“Ya. Mayat ditemui kira-kira jam 7 petang. Dipercayai adalah adik penyanyi hilang semalam (Nidza Afham),” katanya seperti dipetik Hmetro.
Semantara itu adiknya yang juga penyanyi Aufahanie memohon orang ramai tidak berkongsi foto Allahyarham abangnya iaitu Nidza Afham selepas jasadnya ditemukan tidak bernyawa di Sungai Klang pada malam Rabu.
Aufa atau Nur Aufahanie Mokhtar, 21, berharap mana-mana pihak yang berkongsi foto tersebut dapat memadam perkongsian dibuat bagi menjaga perasaan pihak keluarganya.
“Tolong, tolong jangan kongsi gambar arwah abang saya yang ditemui ke media sosial anda.
“Sila padam, hormati perasaan kami sekeluarga. Terima kasih,” katanya.
Aufahanie berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.
Sebelum ini ketika ditemu bual mStar, Aufahanie memaklumkan kehilangan Nidza meninggalkan kesan mendalam buat penyanyi berkenaan.
Kata Aufahanie, dia juga tidak dapat melelapkan mata selepas mendapat berita kehilangan Nidza.
Baca: Geli tengok senduk kayu masih ada sisa makanan, ini rupanya tips rahsia yang anda kena tahu