Pendakwah selebriti, Don Daniyal Don Biyajid, 39, kini sudah direhatkan selama tiga hari mulai Selasa selepas siarannya yang menyentuh kehidupan Nabi Muhammad menjadi tular dan dikategorikan sebagai tiada sumber rujukan.
Sejak semalam tular semula berita mengenai seorang pelakon serta selebriti terkenal iaitu Wardina Safiyyah yang sudah mempersoalkan pendakwah itu sejak 10 tahun lalu.
Ia berikutan rancangan yang dikendalikan oleh Don di TV Al hijrah yang diraguinya kerana menggunakan hadis palsu.
Video program “30 Minit Bersama Ustaz Don” yang dikendalikan oleh pendakwah itu pula dikatakan diedit tanpa memaparkan keseluruhan intipati asal program itu.
Don ketika itu turut meminta Wardina agar menyelidik terlebih dahulu dakwaan berkenaan kerana menyifatkan ia turut mengaibkan pendakwah tersebut
Namun, pelakon Spanar Jaya itu mendakwa tidak pernah berniat ingin memalukan malahan ingin bertanya serta musykil dan mencari kebenaran.
Sebelum ini, semasa bersiaran di sebuah stesen radio, Don Daniyal mendakwa Nabi Muhammad SAW pernah melamar seorang wanita iaitu Ummu Hani sebanyak tiga kali.
Baca juga: Melopong tengok harga roti Gardenia tahun 2003, netizen kata “penemuan bersejarah”