Kembang tekak lihat peniaga guna air paip bancuh air, paip siap jatuh atas tanah lagi

Pastinya ramai yang berkunjung ke festival akan membeli air dek kerana cuaca sekarang yang panas namun tindakan peniaga yang menggunakan air paip untuk bancuh semua minuman menimbulkan kemarahan dan kegusaran ramai.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah Festival dipercayai di Kuching, Sarawak baru-baru ini menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai lapor Kosmo.

Ini kerana penggunaan air paip tanpa dimasak terlebih dahulu dikhuatiri akan memberi risiko kepada kesihatan.

Menerusi satu klip video di laman sosial monkeykingasia memaparkan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Berdasarkan video berdurasi lebih seminit itu, kelihatan peniaga terbabit pada mulanya meletakkan pewarna dan perisa minuman terlebih dahulu sebelum mencampurkannya bersama air paip.

Berikutan itu, rata-rata orang ramai ‘kembang tekak’ dan menyifatkannya sebagai tindakan yang tidak bertanggunjawab.

Paip jatuh siap terpijak lagi

“Kejadian depan mata aku orang tu tadah air paip untuk aku punya air mangga. Aku terus boikot, sudahlah air buah caj mahal,” kata Hasan.

“Sebab itu saya tak minum air di luar, risau akan kebersihan. Tak kisah lah walaupun viral sekali pun,” seloroh Alif.

“Dah berapa kali dia terpijak paip tu, letak kat atas tong maka bercucuran bakteria jatuh ke dalam air,” luah Raja.

Baca Juga: Lelaki kongsi resipi pasta carbonara ‘asli’, baru tahu tak perlu guna susu sebenarnya

Baca Juga: Putrajaya perlukan solusi parkir kereta terutama di kawasan kuarters kerajaan