Kembang tekak! Peniaga kantoi basuh periuk guna air longkang dikecam buat muka ‘selamba’

Sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan seorang peniaga roti canai membasuh kuali menggunakan air longkang, sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai. 

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok pada hari Isnin itu menunjukkan peniaga tersebut kelihatan panik apabila perbuatannya dirakam, sebelum dia meninggalkan tempat kejadian tanpa memberi sebarang penjelasan atau reaksi.

Namun, lokasi kejadian tersebut tidak dapat dipastikan, dan belum diketahui sama ada pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap insiden tersebut atau tidak.

Penjual roti canai basuh kuali mereka menggunakan air longkang.

“Jadi, sangat kotorlah,“ katanya ringkas.

Setakat ini, hantaran berdurasi 24 saat itu tular di beberapa platform media sosial Facebook dan X selain TikTok, malah menerima lebih 48,000 tanda suka, 10,300 komen serta 34,000 perkongsian.

Baca juga: “Tak terfikir nak kahwin dengan driver lori, bukan hidup senang tapi lagi bertambah susah”