Kebersihan adalah salah satu yang amat dipentingkan dalam kehidupan. Ia akan menjejaskan sesuatu perkara andai dibiarkan.
Memasuki sebuah keluarga baru adalah sebuah permulaan bagi setiap pasangan yang baru berkahwin.
Ia memerlukan toleransi yang tinggi dan juga kesabaran dek kerana perlu berhadapan orang yang dibesarkan dengan cara yang berlainan.
Lain pula ceritanya dengan wanita ini yang mendakwa ibu mertuanya seorang yang kurang pembersih dari segi menyediakan makanan di dapur.
Salam semuaa.. aku bukan lah isteri kepada suami yang mengadu isteri tak nak makan rumah mak dia tu.
Tapi aku sejenis dengan isteri dia. Kebetulan rumah ibu mentua dengan rumah mak aku dekat, hanya dalam 20-30 min jaraknya.
Jadi memang aku selalu duduk rumah mak aku lebih selesa sebab rumah ibu mentua aku ada ipar-ipar lelaki yang bujang.
“Aku tak pernah duduk lama kat rumah ibu mertua, aku geli tak boleh terima”
Agak susah lah nak duduk situ kena pakai tudung setiap kali keluar bilik, yang perempuan pula suka duduk dalam bilik jadi aku macam kayu tak ada kawan nak borak dan sebagainya.
Bab makan pula, ibu mentua aku suka makan ikan tapi aku pula jenis tak makan ikan. Sebab kalau ikan kan ada yang bau ikan so memang aku tak boleh terima. Ikan kalau letak lama dalam peti lagi tak sedap dan bau dia kan lagi lah sangat kuat dan hanyir.
Ikan mak aku siang tak sama dengan keluarga mentua aku siang, jadi aku rasa ikan tu tak basuh. Kalau kat kedai pun aku tak kan ambil ikan sebab tak sama macam mak aku siang, masak. Aku selalu je belikan barang basah untuk masak tapi tak digunakan sebab dah masak awal-awal.
Esoknya tu aku memang dah lari balik rumah mak aku. Air pula ibu mentua aku masak pakai periuk nak minum kena guna gelas ambil, kadang tu aku nampak ada minya-minyak, aku geli tak boleh terima. Bab nasi pula, Rice cooker aku dah belikan tapi mak mentua masih nak guna dapur gas.
Nasi pun masak lembek aku tak boleh terimalah kalau nasi lembek. Kalau bubur tak apa, ini nasi lembek aku tak boleh ya Allah. Jangan cakap kenapa tak masak, bukan tak nak masak tapi family mentua masak lepas subuh makan sampai malam.
Keluarga aku breakfast makan lain, lunch pukuI 10 atau 11 pagi masak untuk makan nasi. Menu lunch guna je untuk dinner tapi ni tak diorang sampai malam benda sama. Aku tak pernah duduk sana dari pagi petang malam sampai pagi esok.
Tak pernah sebab tak boleh duduk situ m4ti kutu jadinya. Waktu siang hari aku duduk rumah mak aku, malam baru aku balik sana. Mak aku sangat memahami aku. Tiap kali nak balik rumah mentua, mak aku akan suruh aku makan depan suami siap-siap, jadi aku ada alasan tak makan sana.
Bukanlah tak pernah makan sana, aku makan tapi aku tengok menu sebab nanti aku tak boleh control reaksi tak boleh terima makanan nak muntah tu spontan. Dari jadi benda bukan-bukan baiklah aku menolak dengan elok.
Nasib suami aku jenis tak kisah sangat bab ni tapi pernah jugak lah dia bersuara kata aku ni boleh kira berapa kali je aku makan nasi rumah mak dia, aku cakap lah kan dah makan atau bila berdua aku cakaplah aku tak suka benda ni tak suka macam tu, dengan harapan dia akan faha lah kalau aku mengelak bila balik rumah dia.
Bila aku cerita masalah aku ni pada kawan aku tiba-tiba dia ketawa, dia cakap jangan risau kita geng. Dia dah kahwin lebih lama dari aku pun tak boleh makan dan duduk lama (semalaman pun tak pernah jugak) rumah mentua tapi kami tak ada masalah dengan mentua. Kalau mak mentua ajak jalan ke apa semua on tapi bab makan dan stay sana sorry cannot go.!
Baca juga: “Aku kena paksa kahwin dengan kaki pukul, sekarang dalam diam aku bercinta dengan anak sedara suami”