Kembung perut hingga tak boleh buang air, doktor terkejut rupanya jumpa janin dalam perut bayi

Disangka kembung perut hingga tak boleh buang air, doktor terkejut rupanya jumpa janin dalam perut bayi yang berusua 40 hari.

Kejadian yang berlaku di India, pada mulanya dibawa ke Pusat Perubatan Rahmania di Motihari, untuk rawatan sebelum doktor menemui kes perubatan luar biasa itu.

Menurut agensi berita ANI doktor diberitahu bayi itu mengalami kembung perut hingga tidak dapat membuang air kecil dengan baik, sebelum doktor membuat pemeriksaan lanjut.

Di pusat perubatan terbabit telah membuat imbasan Tomografi Berkomputer (CT) sebelum menemui janin yang berkembang di dalam perut bayi itu.

Menurut Dr Tabrez, dalam istilah perubatan, kes berkenaan digelar fetus dalam janin atau kehadiran janin di dalam perut bayi.

Katanya, keadaan luar biasa itu hanya berlaku satu dalam 500,000 pesakit.

“Satu anomali (perubatan yang jarang berlaku) terbongkar di mana janin dilihat berkembang di dalam perut bayi berusia 40 hari.

“Ia dipanggil fetus dalam janin. Bayi itu sudah menjalani pembedahan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya kepada agensi berita ANI.

Beliau berkata, bayi itu kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan membuang janin berkenaan dan dibenarkan keluar dari hospital.

Baca juga: Suhu terlampau sejuk, gelandangan mati dalam kereta miliknya