Kemurungan dibiar sendirian selama 5 tahun, singa ini ‘mengaum’ ketika dilepas ke habitat asal buat ramai sebak

Seekor singa jantan yang dibiarkan sendirian selama lima tahun selepas pemiliknya meninggal dunia akhirnya dilepaskan ke habitat asal.

Singa yang diberi nama Ruben itu berumur kira-kira 15 tahun hidup sendirian di dalam kandang tanpa ditemani singa lain sepanjang tempoh tersebut.

Selepas pemiliknya meninggal dunia, haiwan lain telah dipindahkan ke kawasan lain dan ini menyebabkan Ruben berseorangan di zoo tersebut.

Sebuah badan amal yang dikenali sebagai Animal Defenders International (ADI) telah membawa Ruben sejauh 8,368 kilometer dari kandang konkrit di Armenia ke ladang Free State di Afrika Selatan, di mana dia akan tinggal di Santuari Hidupan Liar ADI.

Presiden ADI, Jen Creamer berkata Ruben hidup dalam kemurungan selepas tidak bergaul dengan singa lain.

“Melihat ia berjalan di atas rumput buat kali pertama, mendengar bunyi ngauman serta pancaran matahari yang mengenai badannya, membuatkan kami semua menangis,” kata Creamer.

Disebabkan oleh kekurangan zat makanan dan kurang bergerak ketika ditinggalkan di zoo, Ruben yang asalnya dilihat kurang sihat akhirnya mampu untuk pulih dengan cepat.

Keadaan persekitarannya yang baru di Santuari Hidupan Liar ADI juga memberi kesan positif kepada tingkah laku Ruben.

Baca juga: “Suami kata kad bank dia hilang, jadi dia pinjam kad dan guna duit aku konon nanti pulangkan tapi bila aku check rupanya..”