Akibat masalah bekalan air sangat kritikal, pentadbiran Kolej Vokasional Tanah Merah, Kelantan membenarkan pelajarnya pulang ke rumah.
Susulan itu juga, sesi pengajian dijalankan secara ‘online’ bermula 16 April (Selasa).
Surat kepada ibu bapa dan pelajar terbabit yang dikongsi di media sosial turut memaklumkan pelajar diarahkan pulang semula ke asrama pada 20 April, Sabtu.
“Makluman pengajian secara online kerana kolej mengalami masalah bekalan air yang sangat kritikal.
“Pelajar yang tinggal di asrama dibenarkan pulang ke rumah pada 15 April 2024 pada jam 3 petang dan hadir ke asrama pada 20 April jam 3 hingga 6 petang.
“Pada 21 April (Ahad), sesi pengajian akan berjalan seperti biasa,” menurut surat bertarikh 15 April itu.
Sehubungan itu, pentadbiran koleh itu berharap semua ibu bapa atau penjaga dapat memastikan anak masing-masing dapat mengikuti pembelajaran secara online mengikut jadual PdP kelas masing-masing dengan berkesan.
Surat ditandatangani Pengarah Kolej Vokasional Tanah Merah, Che Asran Md Amin itu kemudian mengundang kecaman warganet.
Rata-rata bimbang dengan tumpuan dan mutu pembelajaran pelajar terbabit jika sekiranya masalah bekalan air terus berlarutan.
Warganet turut mempersoal bagaimana janji pentadbiran Pas Kelantan untuk membangunkan bekalan air bersih.
“Salah satu daripada 18 tawaran PRN dahulu, ialah Pas Kelantan menjanjikan pembangunan bekalan air bersih. Janji tinggal janji.. rakyat ditipu lagi,” demikian antara kata netizen.
BACA JUGA 5 tips kawal tantrum anak, nombor 3 tu kena sabar rumah sedikit bersepah