“Kena guna cable agaknya” – Ajak sedih permohonan isteri pindah sekolah ditolak, masuk hospital sebab pandu ke sekolah 152KM sehari!

Ajak atau nama sebenarnya Hanaffi Razak sedih permohonan isteri untuk pindah sekolah ditolak bahkan permohonan sudah masuk lima kali telah ditolak.

Isteri kini, Nur Afifah sedang menerima rawatan di hospital akibat masalah tulang belakang dan salah satu puncanya adalah disebab memandu terlalu lama.

“Tolong doakan bidadari saya ni sambil dengar luahan hati Suami Cikgu. Dia sakit tulang belakang, MRI pagi tadi doktor nasihat jangan drive lama.

“Sekarang ini, jarak dia ke sekolah mengajar 152km pergi dan balik. Mohon pindah dah dua tahun lebih. Lebih 5 kali permohonan ditolak.

“Entahlah, kena pakai cable agaknya ek baru dapat. Kita adjust suruh berhenti sahaja kalau payah sangat tapi dia tak nak,” tulisnya.

Penyampai radio Suria FM itu memaklumkan perkara sedih itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Bagaimanapun beliau pernah mencadangkan agar isterinya itu berhenti berkhidmat sebagai guru namun, isterinya menolak.

“Kesiankan anak murid dia. Yelah tapi kalau mohon kalini tak dapat juga, awak berhentilah ibu. Percaya rezeki Allah.

“Lepas ni kalau sakit mc sahaja. Kalau tak larat bawak kereta berhenti je rehat tepi jalan. Kalau datang lambat ke sekolah, biar je diorang ambil tindakan.

“Yang penting jaga kesihatan. Badan awak tu saya nak pakai lama,” kongsinya lagi.

Ajak juga mendoakan agar urusan para guru yang sedang memohon untuk berpindah akan sentiasa dipermudahkan.

“Saya percaya ramai lagi guru yang ada masalah mohon pindah ni. Alasan ikut suami pun dia tak pandang. Kena bagi alasan ikut boyfriend baru dia lepas kot naa.

“Saya doakan guru yang dah bertahun-tahun mohon pindah dipermudahkan urusan korang semua. Ni pengalaman saya tau, ada yang lagi dahsyat,” akhirinya.

Sekadar informasi , Ajak dan Afifah telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 6 Jun 2009.

Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea.

Baca juga: Netizen pelik Ira Kazar dah tak kongsi resipi baru, “mana dia hilang?”