Azwan Ali 57, yang popular dengan gelaran Diva AA telah disihir oleh seseorang yang enggan menyebut namanya sesiapa, menyebabkan badan terasa seperti dibakar.
Dia tidak menyebut nama sesiapa dalam hantarannya di media sosial, berkaitan dakwaan bahawa dirinya telah disihir.
Sebenarnya, saya tak sebut nama sesiapa. Saya adalah peguam dan bila kita tak sebut nama sesiapa, pusing ke mana pun, kita akan selamat.
Dari segi undang-undang, tak ada kes. Lainlah kalau sebut nama begini, begini, jadi, memang boleh saman. Tapi, saya tak sebut sebarang nama yang sihirkan saya.
Kerana apa yang sedang tular sekarang, mestilah pihak sana melenting. Aku sebut nama kau ke, ‘bedah’? Siapa makan cili, dia terasa pedas.
Ditanya mengenai sihir yang dihantar kepadanya dan kesan kepada kesihatannya, Azwan berkongsi mengenai ‘serangan’ terakhir yang dialaminya, awal pagi tadi.
Saya cakap terus terang, saya adalah orang yang tak berahsia dan jujur.
Semalam jam 2 pagi, demi Allah saya cakap, saya mengaku bahawa saya ‘diserang’. Mungkin mereka tak mahu saya muncul di acara hari ini. Tapi, kebesaran Allah mengizinkan saya di sini.
Dia berikhtiar dan berubat dengan seorang ustaz dan sambil menitiskan air mata, meluahkan rasa syukur kerana doa pengikut-pengikut yang sentiasa menguatkannya.
Sebenarnya, saya sakit. Sakit, kalau ditanya memang sakitlah. Tergamaklah. Kenapa mesti marah sangat dengan saya?
Memang saya mulut jahat. Saya akui. Tapi, tak payah sihir kot sebab terlalu sakit,” katanya.
Tambah Azwan, ‘serangan’ sihir itu bermula semula sejak minggu lalu dan mengganggu aktiviti hariannya.
Saya rasa pelik sangat sebab saya tak dapat berjalan dan rasa badan saya seperti dibakar. Orang akan cakap, sikit-sikit, nak kaitkan dengan sihir. Orang bercakap begitu kerana mereka tak kena sendiri.
Terbaharu, Azwan membintangi video muzik single terbaharu berjudul Faham Tak nyanyian penyanyi, Alyssa Dezek, dipetik Harian Metro.
Baca juga: Banyaknya hantaran, bakal pengantin terima 35 dulang hantaran pertunangan