Kenal pasti jenis beras, abang KPDN Perak bagitahu jenis beras boleh ikut warna packaging

Terdapat pelbagai jenis beras yang dijual di pasaran namun ramai yang tidak tahu jenis beras bagaimanapun boleh ikut warna packaging.

Ada beras tempatan, beras wangi dan beras istimewa. Semuanya terpulang dengan kegemaran masing-masing.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan lelaki menerangkan jenis-jenis beras telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Jenis beras beza ikut warna bungkusan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang berada di bahagian beras di pusat beli-belah.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia mendedahkan bahawa setiap warna bungkusan beras menunjukkan jenis-jenis beras itu.

Jika bungkusan itu berwarna ungu, ia bermaksud jenis beras putih tempatan. Manakala, warna biru muda menunjukkan beras putih import. Beras wangi pula mempunyai bungkusan warna pink. Tambahan lagi, bungkusan oren pula menunjukkan beras istimewa.

“Terbaik, selama ni tak perasan pun warna-warna ini” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 144K tanda suka dan 8K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelabagi reaksi masing-masing.

Baca juga: Berdiri tegak dengar alunan al-Quran-Aunty India menghayati bacaan al-Quran dari surau berhampiran rumahnya