Ramai terkejut tahu latar belakang isteri baru Noh Hujan, “kalah Mizz Nina..”

Fatin Athira Mustapa merupakan salah seorang peguam dan graduan dalam program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Beliau yang kini berumur 30 tahun pada tahun 2023, mempunyai minat terhadap muzik, sama dengan Noh, selain itu, dia juga berkebolehan bermain gitar dan menyanyi.

Merupakan anak kepada persara tentera iaitu Mustapa Ahmad dan ibunya Hasnita Hamid.

Lanjutan itu juga, perwatakan dan ciri-cirinya yang sentiasa ceria dan matang, membuatkan Fatin di senangi oleh rakan-rakan sekelilingnya.

Dikhabarkan Fatin Athira Mustapa memang amat meminati bidang muzik, dan mempunyai bakat untuk bermain gitar.

Selain itu Fatin Athira juga ada bakat dan boleh menyanyi.

Noh, 38, bakal menamatkan zaman duda dengan pilihan hati, Fatin Athira Mustapa pada 23 September baru-baru ini.

Majlis pernikahan bakal berlangsung pada sebelah pagi, diikuti majlis resepsi, jam 8 malam hari yang sama.

Pasangan itu memilih sebuah dewan acara yang terletak di Puchong untuk majlis resepsi mereka.

Kad undangan digital penyanyi kelahiran Sarawak itu dengan wanita berusia 30 itu sudah mula diedarkan.

Majlis pertunangan pasangan itu berlangsung di kediaman Fatin pada 7 Mei lalu bertempat di Putra Heights, Subang Jaya.

Pada majlis pertunangan itu, Fatin memilih persalinan rona hitam, manakala Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh mengenakan baju Melayu warna senada.

Sebelum ini, penyanyi dan komposer itu mendirikan rumah tangga dengan aktivis, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai awal Ogos tahun lalu.

Noh dan Mizz Nina tidak dikurniakan cahaya mata, tetapi memiliki anak angkat, Musa.

Baca juga: Apa salah aku sebulan bagi RM8k, isteriku ‘gersang’ ada skandal dengan bos sendiri