Kenali pelakon baru Siti Hariesa dalam babak panas dengan Zul Ariffin

Susulan adegan panas dalam sebuah drama ‘Perempuan Itu’ yang dilakonkan Zul Ariffin, ramai mula tertanya siapa sebenarnya gerangan pelakon wanita yang bergandingan dengannya kerana masih ramai yang belum pernah lihat pelakon itu.

Rupanya pelakon berkenaan bernama Siti Hariesa yang juga merupakan bekas peserta bengkel Drama Festival Kuala Lumpur atau DFKL pada tahun 2019.

Kini nama Siti Hariesa mula mencanak naik dan mula dicari-cari oleh netizen diluar sana. Sungguhpun begitu, tidak banyak diketahui tentang pelakon bernama Siti Hariesa ini.

Siti Hariesa sebelum ini pernah membintangi beberapa drama lain seperti Utusan Cinta Buat Adam (pelakon utama Kamal Adli dan Puteri Aishah), drama Pink Smile (lakonan Fattah Amin) dan Takbir Semalam (diterajui Fauziah Nawi dan Syafie Naswib).

Pelakon ini masih lagi baru dalam bidang seni, namun drama lakonannya bersama Zul Ariffin dalam Perempuan Itu, ternyata membuatkan nama Siti Hariesa naik serta merta.

Baca juga: https://themalaysialife.com/kurang-10-jam-muzik-video-ds-vida-hampir-cecah-100k-tontonan/

Baca juga: https://malaysiadateline.com/lim-kit-siang-berundur-dari-politik-selepas-56-tahun-bersama-dap/