Kenapa kampung ini dinamakan ‘Kampung 1,000 kubur’ rupa-rupanya ini sebabnya. Kampung di Majalengka, wilayah Jawa Barat mendapat perhatian netizen.
Ini kerana terdapat kubur di serata tempat, sehinggakan ada yang amat hampir dengan rumah penduduknya, lapor portal berita Dream.co semalam.
Dalam klip video yang dimuat naik di saluran YouTube, Rizquna Channel, kampung digelar ‘kampung 1,000 kubur’ itu dilihat mempunyai begitu banyak tapak kubur yang dibina pada jarak yang hampir antara satu sama lain.
Ada antara kediaman penduduk yang mempunyai sehingga lima kubur di halaman rumah selain ada juga kubur di tepi jalan.
Bahkan, pemilik saluran YouTube tersebut turut menyifatkan suasana menjadi seram sekiranya melalui jalan-jalan di kampung tersebut pada waktu malam.
Namun, menurut cerita penduduk kampung, penempatan kubur di sekeliling rumah adalah tradisi turun-temurun di kampung berkenaan. Mereka mengebumikan anggota keluarga yang telah meninggal dunia di sekeliling rumah.
“Ini bukan kawasan perkuburan umum, sebaliknya kawasan kubur milik keluarga,” kata pemilik video tersebut.
Baca juga: Kecoh pelajar UiTM lenjan Lamborghini dalam kampus, ini rupanya cerita sebenar