Kenapa libatkan KSU dalam mesyuarat politik?

Kenapa libatkan KSU dalam mesyuarat politik?

Ahli politik pembangkang mempersoalkan mengapa Ketua Setiausaha Negara dan penjawat awam lain terlibat dalam mesyuarat Majlis Presiden Perikatan Nasional yang berlangsung secara atas talian petang semalam.

“Mesyuarat politik oleh PN melibatkan ketua setiausaha kerajaan,” kata Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang di Twitternya semalam.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh pula menyifatkan tindakan melibatkan penjawat awam dalam mesyuarat politik sebagai tidak profesional.

“Kenapa Ketua Setiausaha Negara (KSN) boleh terlibat dalam mesyuarat politik Perikatan Nasional? Jangan libatkan penjawat awam dalam mesyuarat politik. Not professional!

Muhyiddin, yang berkongsi gambar mesyuarat itu di Facebook berkata Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Norhizan Ismail terlibat dalam mesyuarat itu bagi memberi taklimat mengenai Proklamasi Darurat.

Mesyuarat selama dua jam itu juga membincangkan pelan vaksinasi Covid-19 pada Februari.

“Pelbagai isu telah dibincangkan dan kesemua ahli mesyuarat berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan panjang lebar mengenai Ordinan Darurat dan pengurusan darurat serta pengurusan pandemik Covid-19 dan pelan immunisasi vaksin yang akan bermula pada bulan Februari 2021.

“Majlis Presiden akan terus menjadi platfom perbincangan tertinggi bagi kesemua parti politk dalam Kerajaan Perikatan Nasional demi memastikan kestabilan politik dan kelancaran pentadbiran Kerajaan serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Mesyuarat yang dipengerusikan Muhyiddin selaku presiden Bersatu itu dihadiri 11 presiden lain dari Umno, PAS, PBB, MCA, MIC, PRS, SUPP, PDP, PBS, STAR dan SAPP manakala PBRS diwakili Timbalan Presiden.

sumber: MK

COMMENTS