“Kenapa mama mesej tak balas?”- Abby Abady rindu Marissa

“Adk sayang buat apa tu?”. Perasaan seorang inu tidak boleh dibendung lagi. Terlalu rindu. Pelakon popular Abby Abady hari ini memuat naik video di Instagram yang memaparkan Marissa sedang mempromosikan produk kecantikan.

Namun yang menarik perhatian warganet adalah kapsyen Abby pada hantaran tersebut yang menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Marissa.

Adik sayang, buat apa tu? Adik okay tak tu?

Kenapa mama mesej tak balas? Mama nak ajak makan, nak masak spaghetti untuk adik ni. Bila nak balik?

Terdahulu, dalam satu temu bual, pelakon gerak khas Abby itu mengesahkan pernikahan anaknya Marissa bahawaseperti mana dakwaan yang tular.

Sebelum ini, Marissa dan Aslam juga didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama Aslam iaitu Misya.

Keluarga pasangan Norman dan Abby ini kemudian menerima pelbagai kecaman daripada netizen selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan sebuah perkahwinan.

Baca: ‘Bilakah orang Cina Malaysia akan dapat hak yang sama?’- Hantaran ‘group’ Facebook ini cetus kebimbangan ramai