Mesti ramai peminat bola tertanya-tanya kenapa penyerang france Kylian Mbappe pakai topeng ketika bermain di EURO 2024.
Faktanya adalah kerana hidungnya patah! Ya anda tidak salah mendengarnya. Patah! Penyerang Perancis itu secara siap menanyakan apakah jenis pelindung muka yang perlu digunakan selepas hidungnya patah.
Mbappe dikejarkan ke hospital di Dusseldorf, Jerman, selepas ketika Perancis membuka kempen EURO 2024 dengan kemenangan 1-0.
Pada mulanya timbul kebimbangan bahawa bintang utama Les Bleus itu memerlukan pembedahan dan berdepan terlepas baki kempen kejohanan itu, tetapi Presiden Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF), Philippe Diallo, mendedahkan kakitangan perubatan pasukan itu memutuskan Mbappe tidak memerlukan pembedahan selepas pemeriksaan lanjutan dijalankan.
Bekas penyerang kelab terkaya di Perancis PSG itu yang kini bersama Real Madrid meninggalkan hospital pada jam 1 pagi waktu tempatan dan kembali bersama pasukan untuk persediaan bertemu Belanda.
Dalam masa sama, ramai di media sosial yang menyarankan topeng Ninja Turtle paling sesuai untuk pemain yang baru dipancing Real Madrid itu.
Baca: Syed Saddiq dedah keistimewaan jadi menteri, gaji dan elaun tak masuk akal