Sungguh terkejut apabila melibat Radzi Jidin histeria di Parlimen ada yang mendakwa beliau telah melakukan dosa qazaf dan perlu bertaubat.
Radzi Jidin tambah histeria menurut Dr Puad Zarashi di Facebooknya, apabila Setiausaha Politik (Setpol) beliau ditahan SPRM kerana kes rasuah RM80 Juta.
Radzi Jidin mula panik kerana isterinya dikaitkan dengan rasuah tersebut.
Bahkan dia nafi isterinya bergelar Tengku. Walhal yang viral ialah individu bergelar Tengku dikaitkan dengan isterinya.
Lantas dia tayang isterinya sebagai anak kepada seorang ulamak besar di Kedah. Mana mungkin dia terlibat rasuah? Cepat betul Radzi koyak bila tuduhan menghala kepadanya.
Dia jadi histeria sampai minta orang bertaubat. Apa pendirian Radzi bila Dr Khairuddin AtTakiri minta dia bertaubat kerana dosa qazaf.
Sekarang giliran Radzi kena jawab macam mana Setpol dia boleh kena siasat pasal projek RM 80 Juta. Itu projek di bawah KPM.
Mana mungkin Menteri tidak tahu. Kalau dia tidak tahu, Radzi bukan Menteri yang bagus. RM80 Juta jumlah yang besar. Itu duit rakyat.
Radzi histeria ketika PMX jelaskan isu DNAA Zahid di Parlimen. Kini gilirannya beri penjelasan pasal Setpol dia. Tidak perlu tayang isteri, anak ulamak besar di Kedah.
Baca juga: PRK Kemaman, mahkamah membatalkan kemenangan kerusi Pas