Kenapa Ratu Elizabeth II bersikap dingin terhadap Puteri Diana? Ini sebab-sebabnya

Puteri Diana mempunyai daya tarikan yang tersendiri untuk memenangi hati sesiapa sahaja. Namun sebaliknya yang terjadi kepada ibu mentuanya, Ratu Elizabeth II.

Bukan rahsia lagi bahawa kedua-dua wanita di Empayar Inggeris ini mempunyai banyak perbezaan yang membuatkan hubungan antara kedua-dua mereka tidak begitu akrab.

Hubungan mereka kerap kali diuji selama bertahun-tahun, terutamanya ketika mereka mengetahui tentang hubungan Pangeran Charles dengan Camilla Parker Bowles.

Tetapi untuk tahu dengan lebih terperinci bagaimana dinamiknya hubungan mereka berdua, berikut kami senaraikan fakta tentang hubungan antara Puteri Diana dan ibu mertuanya Ratu Elizabeth.

Ratu Elizabeth Merasakan Puteri Diana Adalah Calon Terbaik

Ratu Elizabeth berpendapat bahawa Puteri Diana adalah calon yang paling tepat untuk Putera Charles. Ketika Charles dan Diana bertunang pada tahun 1981, Ratu Elizabeth dikatakan sangat menyukai Diana yang kemudiannya dikenali sebagai Lady Diana Spencer.

Charles diwaktu itu adalah sebagai pewaris takhta yang menghampiri usia 30 tahun berada didalam tekanan untuk mencari seseorang untuk dijadikan isteri. Ratu pula berharap menantunya adalah yang berasal dari latar belakang yang baik dan mulia, memahami tentang erti kehidupan kerajaan.

Namun, tekanan untuk menjadi bangsawan akhirnya menjadi beban bagi Diana. Setelah kedua-duanya menikah, pada tahun 1991, Diana telah menulis sepucuk surat yang menjelaskan bagaimana dia merasa “sangat terpencil” dan keluarga kerajaan selalu salah faham kepadanya.

Puteri Diana Melanggar Protokol Kerajaan

Pada awal 1990-an, Diana telah beberapa kali melanggar protokol kerajaan. Sebagai contoh, dia telah memilih cincin pertunangannya hanya dari katalog ( tidak seperti golongan bangsawan) yang biasanya ditempah khas dan enggan mengatakan dia akan “mematuhi” Charles semasa sesi angkat sumpah perkahwinan mereka. Segala-gala gaya pilihannya serta kerja amalnya jelas menunjukkan bahawa dia sedikit pemberontak.

Ratu Elizabeth Enggan Memberi Nasihat

Pada tahun 1986 iaitu semasa perkahwinan Charles dan Diana keadaan menjadi semakin buruk di mana Diana telah berurusan tentang hubungan Charles dan Camilla dan dia juga meminta nasihat dari ibu mertuanya kerana dia merasakan perkahwinannya bersama Charles bukan atas dasar cinta.

Dalam filem dokumentari, Diana: In Her Own Words, ada menceritakan apa yang berlaku ketika dia pergi untuk meminta nasihat dari ibu mertuanya (Ratu) dan berkata ” Saya tidak tahu apa yang harus dilakukan” dan kemudian Ratu menjawab “Aku juga tidak tahu apa yang harus kamu lakukan”. Dan hanya itu yang dikatakan, ujar Diana.

Ratu Elizabeth Menyuruh Charles Dan Diana Bercerai

Setelah jelas bahawa hubungan Charles dan Diana semakin tegang, Ratu menulis surat kepada Puteri Diana secara khusus dan menyarankan pasangan itu untuk bercerai. Menurut Paul Burrell iaitu mantan pembantu peribadi Diana, Ratu juga telah mendapatkan khidmat nasihat bersama dengan Uskup Agung Canterbury, Perdana Menteri dan Charles sendiri dan mereka secara sepakat telah memutuskan bahawa jalan yang terbaik untuk Diana adalah bercerai.

Dia mendakwa bahawa Diana tidak senang dengan keputusan itu dan merasakan dirinya diabaikan. Jadi, mereka harus memutuskan bahawa apakah dia mahu menceraikan suaminya ataupun tidak.

Meskipun Tidak Akrab, Namun Ratu Elizabeth Mengkagumi Kerja Amal Diana

Walaupun hubungan peribadi mereka tidak begitu baik, Ratu masih lagi memuji Puteri Diana untuk pekerjaan yang telah dilaksanakannya. Menjadi sebahagiaan daripada keluarga kerajaan yang sentiasa memberi semangat kepada seseorang agar lebih kuat untuk perubahan hidup dan inilah yang sering dipuji Ratu untuk kerja amal yang dilakukan oleh Puteri Diana.

Diana Mengeluarkan Sebuah Buku Yang Membuatkan Ratu Elizabeth Merasa Malu
Penulis Andrew Morton menulis dalam bukunya, Diana: Her True Story – In Her Own Words, yang dikatakan telah ditulis dari sesi temubual secara langsung dengan Diana.

Di dalam buku itu, Diana mengungkap tentang perkahwinannya yang bermasalah dengan Charles, kehidupan di dalam House of Windsor dan bahkan menyentuh hubungannya dengan Ratu. Ratu Elizabeth dikatakan amat terkejut dengan apa yang ditulis dan itulah antara sebab yang telah merosakkan hubungan diantara mereka berdua.

Ratu Elizabeth Dikecam Atas Kematian Puteri Diana

Seluruh dunia berduka dan meratapi kehilangan di atas kematian tragis Puteri Diana pada 31 Ogos 1997 di Paris. Cara Ratu Elizabeth menangani kematian itu juga turut dikecam. Secara khusus, Ratu telah dikritik. Ini adalah kerana dia lebih suka tinggal di Balmoral Castle, Scotland daripada segera kembali ke England.

Orang ramai juga percaya bahawa Ratu “secara sengaja menahan” cucu-cucunya daripada menghadiri upacara pengebumian Diana. Mereka juga mengecam Ratu kerana menghadkan keluarga kerajaan daripada mengambil bahagian dalam upacara tersebut.

Enam hari selepas kejadian itu terjadi, sepucuk surat telah dijumpai dari Ratu Elizabeth II di mana dia berbicara tentang mendiang menantunya. Kenyataan yang terungkap dalam surat itu adalah Ratu benar-benar mengagumi dan menghormati atas semangat dan komitmen Puteri Diana.

Baca juga: Lega cincin berharga RM3.7 juta milik usahawan Malaysia akhirnya dijumpai dalam ‘vacuum cleaner’