Bendera bukan sekadar sepotong kain yang digantung atau dikibar sebagai perhiasan. Warna dan simbol yang ada pada bendera menjadi lambang kepada kepimpinan, penghormatan dan martabat sesebuah negara.
Ciri-ciri sesebuah negara itu sudah boleh diketahui dengan memerhati corak, simbol dan warna yang dipilih serta diletakkan pada bendera.
Sekiranya anda perasan, banyak negara kerap menggunakan tiga warna iaitu merah, biru dan putih sebagai warna pada bendera masing-masing.Malah, warna yang disebut sebagai tri-colour ini sangat sinonim pada bendera negara-negara di Eropah seperti Belanda, Perancis, Norway, Rusia, Crotia dan Slovakia.
Persoalannya, mengawa warna biru, putih dan merah banyak digunakan dalam rekaan bendera-bendera di seluruh dunia? Apa cerita disebalik pemilihan ketiga-tiga warna ini?
Jadi, kali ini kami di SK ingin berkongsi dengan anda semua empat pendapat yang boleh menjawab soalan-soalan di atas.Terdapat 28 negara mempunyai warna bendera merah, putih dan biru
Menurut portal NBC Washington, Setiausaha Persatuan Vexillological Amerika Utara, Ted Kaye menjelaskan bahawa warna merah, putih dan biru adalah lebih praktikal dan dikatakan lebih masuk akal dari sudut penciptaan.
“Warna merah, putih dan biru menjadi popular kerana ia adalah warna terbaik dan tahan lama dalam sejarah pewarna.
“Putih terhasil daripada proses pelunturan dan ia agak mudah untuk dihasilkan. Manakala merah serta biru adalah pewarna yang kuat.
“Jadi, teknologi pewarna sejak ratusan tahun yang lalu memang gemar menggunakan ketiga-tiga warna ini,” katanya.Bendera Belanda menjadi contoh kepada negara lain
Selain itu, penggunaan warna-warna ini turut melibatkan unsur-unsur peniruan dan pengaruh yang disifatkan sebagai pendapat yang paling penting.“Bendera setiap negara menunjukkan hubungan antara satu sama lain dan mencerminkan pengaruh simbolisme termasuk pemilihan warna.
“Menurut sejarah, bendera diciptakan di medan perang. Pada awalnya bermula di Asia, kemudian tersebar ke Timur Tengah sebelum menjadi penting dalam aktiviti perdagangan maritim,” ujar Ted.
Tambahnya, pada 1600-an Belanda menjadi negara dominan dalam aktiviti laut dan bendera yang digunakan negara itu mempunyai reka bentuk palang tiga mendatar, berwarna merah, putih dan biru.i
Bendera yang digunakan oleh Belanda kemudian dijadikan contoh dan ikutan negara-negara lain.
Setiap warna mempunyai maksud tersendiri
Seterusnya, warna merah, putih dan biru juga mempunyai maksud yang tersendiri serta sesuai mewakili identiti sesebuah negara.
Misalnya, warna merah selalu dikaitkan dengan darah, keberanian dan pengorbanan. Putih pula disesuaikan dengan maksud keamanan dan kesucian.
Manakala biru boleh merujuk kepada kebenaran dan ketenangan, ataupun sebagai warna air dan langit.
Akhir sekali, kombinasi tiga warna atau triad ini juga mempunyai nilai estetika yang mampu menarik perhatian orang ramai.
Begitupun, perkara berkenaan masih memerlukan penyelidikan lanjut daripada ahli akademik.