Tular satu ciapan di twitter harini mengenai mengeji Menteri dari Bersatu, Hamzah Zainuddin.
Ciapan yang ditulis oleh seorang pemuda berbunyi, “Kenapalah Hamzah Zainuddin ni dilahirkan ke dunia, sepatutnya dia melekat kat dinding toilet jek”.
Kenapalah Hamzah Zainudin ni dilahirkan ke dunia, sepatutnya dia melekat kat dinding toilet jek.
— Spit it out (@EppyFizul) June 4, 2021
Hamzah sebelum ni mencetuskan kegusaran di mata rakyat Malaysia mengenai isu-isu yang dicetuskan dirinya termasuklah isu rakaman suaranya menyusun pegawai kanan polis dari “orang kita” dan yang terbaru isunya komen mengenai parlimen malaysia.
Katanya, Pembukaan Parlimen hanya akan dilaksana sekiranya proses imuniti kelompok yang disasarkan kerajaan tercapai.
“Ada setengah kumpulan, ahli politik kata Parlimen mesti dibuka, saya hendak bagi contoh, kalau Parlimen dibuka, katalah sebulan, selalunya hari Isnin sampai Khamis (empat hari berturut-turut berapa orang ada. Ada Ahli Parlimen, pegawai, pegawai kerajaan, pegawai dan kakitangan Parlimen, kafeteria, pemandu dan lain-lain.
“Melebihi 1,000, saya hendak tunjukkan, kebanyakan ini menjadi hotspot, kalau ini kita kawal, tidak adalah kluster (Parlimen) itu,” katanya semasa sidang media selepas lawatan pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di salah sebuah kompleks beli-belah pada Jumaat.
Komen ini dianggap “Bodoh” oleh MP dari Shah Alam, Khalid samad.
Khalid menulis ciapan di twiiternya berkata, “Bukti Menteri Menteri kerajaan PN+BN sama bodoh Perdana Menteri. Mungkin sudah wujud pandemik kebodohan yang menjangkiti semua ahli kabinet.
Kalau duduk diam, nampak macam bodoh. Bila bercakap, sah bodoh.
Lagi banyak cakap lagi baik, kebodohan terserlah”