Seorang influncer media sosial yang juga penyanyi rap terkenal tanah air,Caprice harini ini menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agong Umno, Ahmad Maslan di atas kenyataanya yang mengatakan pergi pasaraya dan restoran boleh dalam keadaan sesak, tetapi mengundi hanya sehari tidak dibenarkan.
Mohd Maslan mempersoalkan mengapa tidak dibenarkan pilihanraya diadakan dalam keadakan kita boleh menjaga SOP dengan baik semasa pilihanraya.
Caprice di instagramnya harini mengecam kenyataan ini yang disifatkan positive bodoh.
Katanya, sepatut pemimpin ini belajar dari kesilapan mengadakan pilihanraya Sabah yang menjadi punca berlakunya kenaikan kes secara mendadak sehingga ke harini.
“Kita dah buat terbaik lawan covid-19 tahun lepas sehinggalah datang PRN di Sabah. SOP ketat okay, tapi kalau otak yang ketat ini bahaya”
“Menteri dan pemimpin kita juga harini positive covid-19”
“Positiv covid-19 ini adalah teruk, tapi kenyataan macam ini confirm bodoh”
Katanya di instagram miliknya di capriceofficial. Beliau mempunya 1.3 Juta pengikut di Instagram.