Kenyataan media Zahid semalam disediakan sebelum MKT mesyuarat lagi – sumber

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa kenyataan dikeluarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tengah malam tadi tidak menggambarkan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.

Menurutnya, beliau mendapat maklumat itu dari beberapa ahli MKT yang menghubunginya sebaik Ahmad Zahid selesai mengeluarkan kenyataan media.

Bahkan, beliau berkata, tinjauan lanjut mendapati kenyataan yang dibacakan kepada media itu adalah kenyataan yang telah disiapkan lebih awal malah sebelum MKT bermesyuarat.

“Jika benar, ternyata sekali lagi MKT di permainkan, dan ini amat serius. Pagi ini, apabila saya menjenguk WhatsApp Group Ketua UMNO Bahagian (KUB), ramai yang mengeluh dan dalam kekeliruan dengan kenyataan media Presiden UMNO.

“Terdapat juga KUB yang juga ahli MKT mengesahkan kenyataan Presiden tidak menggambarkan intipati dan rumusan mesyuarat MKT. Mengapakah ini terus terjadi berkali kali?

“Lain dibincang, lain pula dirumuskan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Khamis.