Keluar PN, kenyataan Zahid tidak gambarkan keputusan mesyuarat – MKT UMNO

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO melahirkan rasa kecewa dengan sidang media Presiden UMNO yang hanya separuh benar dan tidak menggambarkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang disebutkan dalam mesyuarat.

Menurut Ahli MKT tersebut, perkara pertama yang diputuskan dalam mesyuarat gagal maklumkan oleh Ahmad Zahid ialah MKT memberi kebebasan kepada semua Ahli Parlimen UMNO untuk mengundi menyokong usul di Parlimen atau sebaliknya.

“Beliau hanya mengumumkan UMNO menarik sokongan ke atas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tetapi tidak memaklumkan mengenai keputusan memberi kebebasan kepada Ahli Parlimen UMNO menyokong Perdana Menteri. Ini menimbulkan kekeliruan masyarakat seolah-olah kerajaan telah jatuh.”

Ahli MT terbabit turut memberi catatan percakapan Presiden dalam mengumumkan keputusan MT UMNO malam tadi,

“Keputusan pertama ialah memberi kuasa kepada Ahli-Ahli Parlimen UMNO bahawa apabila persidangan Parlimen diadakan dan ketika ada agenda pengundian dijalankan, samada pengundian percaya atau tidak percaya, MT serahkan kepada budi bicara ahli-ahli Parlimen untuk membuat keputusan di Parlimen.

Menurut Ahli MT tersebut, tindakan Ahmad Zahid dalam sidang media sangat tidak profesional dan boleh mencetuskan ketidakstabilan politik negara.

sumber : https://suara.tv/08/07/2021/ahli-parlimen-umno-bebas-sokong-muhyiddin-zahid-bercakap-separuh-benar-ahli-mt-umno/