FILE PHOTO: Malaysia's Prime Minister Muhyiddin Yassin speaks during a news conference in Putrajaya, Malaysia March 11, 2020. REUTERS/Lim Huey Teng/File Photo

Kenyataan Muhyiddin “campur urusan mahkamah” disiasat polis

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Polis membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa ada pihak yang mencetus kemelut politik ketika ini, tidak senang dengannya kerana enggan mencampuri urusan mahkamah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata pihaknya menerima 10 laporan membabitkan isu itu di seluruh negara setakat jam 5 petang semalam.

“Siasatan dilakukan daripada pelbagai sudut. Setakat ini, kita tidak panggil dan rakam keterangan mana-mana individu lagi, bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya hari ini.

Kelmarin, Pemuda UMNO Bahagian termasuk Pasir Puteh, Tambun, Kampar, Langkawi dan Alor Setar membuat laporan polis berhubung isu terbabit.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menerusi Facebook dipetik berkata, laporan itu bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan wujud desakan kepada Perdana Menteri untuk campur tangan dalam kes mahkamah.

Abd Jalil memaklumkan polis menerima 10 laporan membabitkan isu itu.

Rabu lalu, Perdana Menteri berkata, ada kumpulan tidak selesa dengan ketegasannya yang enggan melayan desakan mereka yang didakwa atas kesalahan jenayah.

Muhyiddin berkata, pihak terbabit cuba menangguk di air yang keruh dengan mencetuskan kemelut politik, walaupun negara sedang berdepan krisis pandemik COVID-19.

sumber : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2021/08/848243/polis-siasat-dakwaan-campur-urusan-mahkamah