Bagi mereka yang tertunggu-tunggu dengan ketibaan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos pastinya berasa teruja apabila orang ramai berkongsi klip raptai penuh yang memaparkan maskot daripada agensi kerajaan dan swasta.
Maskot dino yang berwarna hijau itu dilihat menghiasi Dataran Putrajaya susulan saiznya yang besar.
Semalam, satu rakaman klip yang memaparkan maskot dino tular, apabila tanduk kecil di atas kepalanya menjadi penghalang untuknya melalui jambatan.
Menerusi perkongsian @zaimfq ia menunjukkan, maskot berwarna hijau yang mewakili Maxis itu mengalami kesukaran untuk melalui jambatan tersebut.
“Nasib tak roboh jambatan itu,” seloroh individu tersebut.
Video berdurasi 17 saat itu menarik perhatian orang ramai susulan warga maya terhibur dengan tanduk dino yang menjadi penghalang buat para peserta untuk membawanya.
Dalam video tersebut, badan dino telah dikempiskan meninggalkan kepalanya sahaja yang mempunyai angin di dalam maskot itu.
Disebabkan tanduknya menjadi penghalang untuk para peserta membawa dino, mereka bertindak untuk mengundur semula dan menggunakan cara lain supaya ia berjaya merentasi jambatan tersebut.
Para peserta dilihat bertungkus-lumus menarik kepala dino itu ke bawah dan mengundurkannya ke belakang.
Warga maya turut meninggalkan komen membuat dialog sendiri selepas melihat video tersebut.
“Sepatutnya jambatan kena tinggi,” kata warga maya.
“Dia cakap ‘berapa kali korang nak bocorkan aku ni’ hahaha,” seloroh netizen.
“Tolong angkat jambatan tu. Kesian dino,” ujar warga maya lagi.
Rata-rata orang ramai mengambil kesempatan untuk menyaksikan raptai yang dijalankan pada awal pagi susulan mahu melihat persiapan yang disajikan oleh para peserta.
Tema pada tahun ini ialah ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ yang selari dengan komitmen kerajaan untuk membangunkan sebuah negara dengan rakyatnya yang bersatu padu.
Baca juga: Gaji RM11,000 sebulan bonus pula dua kali setahun restoran ini cari pekerja baru