Exco Jawantankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr Izani Husin minta rakyat Kelantan bersabar untuk tempoh tiga tahun lagi.
Memetik Sinar Harian, beliau berkata hal ini kerana semua loji-loji yang dinaik taraf dan dibina akan siap sepenuhnya pada tahun tersebut.
“Jadi pada 2028 nanti, Kelantan akan mempunyai lebihan bekalan air,” katanya di sidang akhbar disini.
Tambah beliau lagi, kerajaan negeri ketika ini dalam perancangan untuk melaksanakan kerja-kerja menukar paip lama yang sudah reput dan tidak mampu bertahan lagi sejauh 5,000 kilometer (km) secara beransur-ansur.
Katanya, daripada jumlah tersebut sebanyak 1,000 km perlu ditukar segera.
Dr Izani memberitahu, bagaimanapun setakat hari ini kerajaan negeri hanya berupaya melakukan kerja-kerja menukar paip pada jarak 150 km sahaja dalam tempoh setahun.
Ulas beliau lagi, melalui perancangan terbaharu kerajaan negeri akan berbincangan dengan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam meningkatkan keupayaan untuk menukar paip-paip air tersebut.
“Yang meluluskan SPAN, yang lantik kontraktor adalah PAAB. Kita menunggu perkara ini untuk selesaikan sedikit demi sedikit.
baca: “Suami sanggup bawak bini baru dia duduk serumah, alasannya sebab aku sorang je pandai masak”