KUALA LUMPUR, 14 Nov -- Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada sidang media mengenai Belanjawan 2021 di Wisma Bernama hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, Nov 14 -- Finance Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz during press conference regarding of Budget 2021 at Wisma Bernama today. -- fotoBERNAMA (2020) COPY RIGHTS RESERVED

Kerajaan tidak akan bayar Royalti Petroleum kepada Kelantan – Tengku Zafrul

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, beliau berkata, ini kerana kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.

Namun begitu katanya, memandangkan lokasi medan petroleum adalah berdekatan dengan perairan negeri Kelantan, maka kerajaan persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ehsan.

“Ia bagi melaksanakan projek dan program untuk manfaat rakyat di negeri tersebut,” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta kerajaan menyatakan status terkini tuntutan bayaran royalti tunai oleh kerajaan negeri Kelantan.

sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/11/25/tiada-royalti-petroleum-untuk-kelantan-hanya-wang-ehsan/