Peraturan perjalanan yang dikeluarkan United Kingdom semalam menyaksikan hampir separuh rakyat Malaysia yang telah divaksin dilarang memasuki England.
Di bawah peraturan baru mulai 4 Oktober, hanya pelawat yang menerima vaksin AstraZeneca, Pfizer, Moderna, atau Janssen dari Malaysia yang boleh memasuki England.
Laman web kerajaan United Kingdom (UK) di mana peraturan itu diterbitkan tidak menyebut mengenai sinovac. Ini mungkin bermaksud bahawa penerima Sinovac tidak boleh memasuki UK.
Pada masa ini, 46 peratus rakyat Malaysia yang divaksinasi telah menerima vaksin Sinovac.
Sinovac diluluskan untuk digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Tidak jelas apakah peraturan baru itu juga terpakai bagi perjalanan ke Scotland, Wales, dan Northern Island, yang memiliki garis panduan tersendiri.
Laman web kerajaan UK belum mengemas kini garis panduan bagi ketiga- tiga negara ini.
Malaysia diletakkan dalam senarai ‘amber list’ UK.
Mereka yang melawat ke England dari 4 Oktober dan seterusnya, tidak perlu menjalani ujian Covid-19 sebelum berlepas.
Bagaimanapun mereka mesti menempah, membayar dan mengambil ujian Covid-19 pada atau sebelum hari kedua setelah tiba di England.
Mereka juga mesti melengkapkan borang pelepasan penumpang pada bila-bila masa dalam tempoh 48 jam sebelum tiba di England.
sumber : https://www.malaysiakini.com/news/591868