Kerana ‘laparkan’ viewers Tiktok, lelaki bakar kereta polis

Seorang lelaki yang dipercayai ingin mendapatkan tontonan tinggi di TikTok telah dilaporkan membakar sebuah kereta polis bantuan dan menconteng perkataan jelik di hentian bas Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Fakhrudin Abdul Hamid, mengatakan bahawa suspek berusia 25 tahun itu didapati positif mengandungi dadah jenis morphine.

“Hasil siasatan lanjut mengesan suspek tiada rekod jenayah lampau.

“Semakan di akaun media sosial pula mendapati suspek telah memuat baik video kebakaran tersebut yang berdurasi lima saat di TikTok dipercayai akaun miliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, polis turut merampas beberapa peralatan antaranya tukul besi dan botol air yang disyaki digunakan untuk mengisi petrol, yang turut digunakan dalam kebakaran tersebut.

“Permohanan reman terhadap suspek akan dibuat esok bagi membantu siasatan yang dijalankan,” kata beliau.

Sebelum ini, polis mendakwa sedang mencari seorang lelaki pekerja p-hailing kerana telah membakar kereta polis bantuan serta menulis perkataan jelik di hentian bas Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara.

Baca juga: Saksi dakwa Ebit Lew cadang ajak tukar pasangan, “Saya dengan dia manakala suami dengan isteri beliau”