Kata orang, apabila kita merantau di sesebuah negara haruslah kita mematuhi peraturan negara berkenaan. Lebih-lebih lagi apabila tujuan kita merantau adalah untuk mencari rezeki.
Kecoh hari ini di aplikasi X apabila seorang rakyat Malaysia telah ditahan pihak berkuasa Arab Saudi selepas dia memuat naik satu hantaran yang mengkritk negara berkenaan.
Dalam ciapan itu, dia menyifatkan Arab Saudi seperti dunia akhir zaman yang mana gejala pelacuran dan penjualan arak turut berlaku dalam pasaran gelap berdasarkan kepada pemerhatiannya sejak bekerja di negara berkenaan.
Dia juga mendakwa kebanyakan ustaz di negara itu merupakan golongan Madkhalis iaitu taat kepada pemerintah tanpa mengira ia adil atau zalim, baik atau buruk.
Ciapannya itu telah mendapat perhatian daripada kerajaan Arab Saudi dan dia terus ditahan akibat perkara itu.
Khidmatnya juga ditamatkan sebagai sub kontraktor dalam sebuah syarikat di Arab Saudi. Info terkini yang diterima Saifuddin Amri kini bakal berdepan hukuman penjara di sana.
Pihak berkuasa negara itu mengamalkan peraturan dengan melarang mana-mana pihak agar tidak mengkritik kepimpinan kerajaan kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan.
Sebelum ini Mahkamah Rayuan Arab Saudi telah menjatuhi hukuman penjara 10 tahun keatas bekas imam Masjidil Haram dan pendakwah terkemuka , Sheikh Saleh Al Talib selepas didakwa menyampaikan khutbah yang mengkritik dan mengecam konsert serta acara hiburan yang diperkenalkan di negara itu kerana ia menyimpang daripada norma agama dan budaya mereka.
Baca juga: Gempar!!! Hampir 100 kakitangan akhbar The Star dibuang kerja