Apabila kerap membelanja gambar badannya di sosial media, pelakon Hafreez Adam mendedahkan dirinya kini ditawarkan menjadi anak ikan oleh seseorang.
Hafreez, atau nama penuhnya Hafreez Adam Aizat Zahalan mendakwa bahawa individu yang terlibat sanggup membayar RM300,000 sekiranya bersetuju dengan tawaran yang diberikan.
“Hai, saya mahu beri awak tawaran sebanyak RM300,000 jika awak sudi untuk menerima tawaran sebagai ‘anak ikan’.
“Ini betul, saya bukan nak ‘scam’ awak, saya serius.
“Kalau berminat, boleh terus balas direct message (DM) ini,” tulis individu berkenaan.
Tidak mahu situasi tersebut berlarutan, pelakon tersebut nekad bertanya andai individu terbabit mahu menderma kepada pusat kebajikan.
“Kaya eh, kalau macam itu, mahu buat sumbangan dekat rumah kebajikan tak? Saya ada kenalan untuk kebajikan jika awak berminat
“Mahal juga ye bayaran rupanya,” ujarnya.
Ini bukan kali pertama kejadian seumpama ini berlaku, beberapa selebriti lain seperti Afieq Syazwan, Mas Khan, dan ramai lagi juga menghadapi isu yang serupa.