Seorang lelaki di Georgia sedang dalam misi menjejaki semua anak kandungnya yang dihasilkan ketika menderma sperma.
Pada musim panas ini, Dylan Stone-Miller yang berusia 32 tahun memulakan perjalanan mencapai jarak sejauh 14,484 kilometer untuk menemui anak anaknya seramai yang boleh.
Dia bertekad mencari semua anak kandungnya itu selepas melihat gambar anak kandungnya yang bernama Harper.
Miller mula bertemu Harper ketika dia berusia tiga tahun dan kini membuat keputusan untuk bertemu anak kandungnya yang lain.
Dia yang juga telah berhenti kerja membuat keputusan untuk menggunakan semua simpanannya dan telah menemui 25 anak kandungnya setakat ini.
“Saya sendiri tidak pasti berapa ramai anak yang saya ada,” ujarnya.
Semasa belajar psikologi di Universiti Negeri Georgia, Miller telah memulakan amalan derma sperma dan membantu banyak pasangan untuk mewujudkan keluarga dengan memberikan sumbangan sperma selama tempoh enam tahun.
Dia dibayar sebanyak AS$100 (RM464) bagi setiap sesi. Miller juga membenarkan bank sperma untuk berkongsikan maklumat dirinya kepada anak-anaknya selepas mereka berumur 18 tahun.