Kereta elektrik atau EV semakin banyak begitu pun pengecasnya tidak mencukupi sehingga menyebabkan dua lelaki bergelut kerena berebut alat cas kereta elektrik.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video tentang pergaduhan dua orang lelaki yang berebut nak cas kereta elektrik mereka.
Ia gara-gara penggunaan kereta EV semakin mendapat tempat dalam kalangan pemilik kenderaan di serata dunia sebab dapat menjimatkan wang kerana tak perlu lagi isi minyak petrol.
Namun, anda perlu mengambil masa yang lama untuk menunggu bateri kereta elektrik dicas penuh.
Dalam video yang berdurasi selama 20 saat itu, dapat dilihat dua orang individu lelaki sedang bergelut untuk menggunakan pengecas untuk mengecas kereta elektrik mereka namun masing-masing tidak mahu mengalah sehingga terpaksa dileraikan oleh orang lain yang turut berada di lokasi tersebut.
Kedua-dua lelaki itu enggan melepaskan pengecas itu sehingga salah seorang daripada mereka terjatuh.
Video pergaduhan tersebut telah dikongsikan di laman TikTok dan ia telah mendapat perhatian warganet.
Difahamkan, kejadian pergaduhan itu dipercayai berlaku di China.
Walaubagaimanapun, pengakhiran pergelutan tersebut tidak dapat dipastikan dan tak tahu siapa yang akhirnya berjaya guna charger EV tu.