Sebuah kereta terbang yang dikenali sebagai AirCar telah mencipta sejarah dengan melakukan penerbangan pertama di dunia dengan membawa seorang penumpang
Penumpang itu adalah pemuzik legenda berusia 75 tahun, Jean-Michel Jarre.
Ini pada masa yang sama menandakan pencapaian terbaru oleh syarikat berpangkalan di Slovakia, KleinVision, yang menghasilkan AirCar.
Jarre telah melakukan dua penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Piestany di hadapan penonton yang ramai. AirCar mampu berubah dari sebuah kereta biasa kepada kereta terbang dalam beberapa minit sahaja.
Kereta berat 1,000 kilogram itu dilengkapi dengan dua tempat duduk dan sepasang sayap yang boleh dilipat. AirCar hanya memerlukan landasan sepanjang 300 meter untuk berlepas dan mendarat
“AirCar akan memasuki pasaran dalam masa setahun. Bagaimanapun, pemandu perlu mempunyai lesen memandu dan lesen juruterbang,” kata pengasas bersama KleinVision, Anton Zajac.
Baca juga: Emma Maembong dituduh ‘kepochi’ isu Bella Astillah, netizen pulak doa suami disondol Ruhainies