Terkilan dengan segelintir tanggapan liar netizen terhadap Jasmin Hamid yang dikatakan miskin hanya kerana menggunakan kereta berjenama Proton Wira.
Kereta kesayangannya yang dinamakan sebagai Bobob itu sudah kembali bergerak di atas jalan raya selepas beberapa tahun tersadai tidak bergerak akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Alhamdulillah, Felari saya dah bangun dan bawa saya makan cendol selepas beberapa tahun dia ditidurkan sebab PKP. Nama dia Bobob.
“Bila Bobob bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget kat saya. ‘Takkan artis pakai Wira lama? Dah jatuh miskin ke?’.
“Itulah dialog yang saya dengar walaupun saya buat-buat tak dengar. Kenapa ya? Haram ke pakai Wira lama? Kereta buruk?
“Saya okay saja pakai Wira lama, yang awak pula rasa elergi dah kenapa?,” tulisnya di Instagram.
Menerusi hantaran sama, Jasmin turut memuat naik video dirinya bersama suami, Nazmir Abdul Rahim yang memandu kenderaan berwarna merah tersebut.
Biarpun dipandang sinis dan disindir hanya kerana menaiki kenderaan lama, namun Jasmin mengambil pendekatan untuk tidak mengendahakn cakap-cakap nakal tersebut.
“Saya bahagia dengan kehidupan dan cara saya. Bobob ada ‘sentimental value’ pada saya.
“Pada yang banyak cakap tu, nak belikan kereta baru untuk saya ke?
“Kalau tak, tutup mulut dan telinga tu rapat-rapat. Tepi sikit, Bobob nak lalu ni,” katanya.
Baca juga: Gelojoh sangat nak kahwin hinggakan tak sempat siasat latar belakang duda rupanya…