Seorang wanita menceritakan kisahnya tentang bagaimana dia mencapai status jutawan melalui kerjayanya sebagai tukang cuci rumah di berbagai negara di seluruh dunia.
Dia juga memiliki lebih dari 10 juta pengikut di aplikasi TikTok yang rata-ratanya menyukai aktiviti dilakukannya.
Auri Kananen, 30, dari Tampa, Florida kerap memuat naik videonya di Youtube dan Tiktok ketika membersihkan rumah orang secara percuma pada tahun 2020.
Pada hari biasa pula, Auri akan bekerja sebagai seorang penyelia pembersihan.
Video-video Auri di media sosial menjadi sangat popular dan menarik banyak penaja dan iklan. Pengikutnya di laman TikTok telah mencapai lebih dari 10 juta, dan dia mampu menghasilkan pendapatan sebanyak AS$535,675 (RM5 juta) dari saluran YouTube miliknya.
Bintang media sosial itu berkata: “Membersih rumah adalah menyeronokkan, perkara terbaik yang pernah ada. Saya sangat menyukainya. Ia membuatkan saya berasa puas. Gembira, sangat santai.
“Saya masih ingat tentang keterujaan saya untuk mempunyai 100,000 pengikut tetapi sekarang saya mempunyai 10 juta pengikut.
“Wang tidak mengubah siapa saya, saya hanya suka membersihkan dan berkongsinya kepada dunia. Saya suka pekerjaan saya. Ia sangat memuaskan apabila anda boleh mengelap lapisan habuk yang tebal. Ia perasaan terbaik yang pernah ada,” ujarnya.
Pada tahun lalu, Auri melancarkan perniagaannya dan melakukan perjalanan ke seluruh dunia untuk memberikan perkhidmatan pembersihan rumah, termasuk lawatan ke Britain, Switzerland, dan Sweden.