Kerja gila! Youtuber buat ‘cabaran ditanam hidup-hidup dalam kubur selama 24 jam’ hampir berdepan maut

Zaman sekarang ini semakin ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi content creator. Mana tidaknya, duit yang diperoleh hasil content boleh mencecah puluhan ribu tanpa perlu berpenat keluar bekerja.

Youtube merupakan salah satu platform yang popular untuk content creator dan kebanyakkan content creator akan menggunakan Youtube untuk menempa nama mereka.

Jadi, tidak hairanlah ramai yang sanggup melakukan kerja gila dan memperbodohkan diri sendiri semata-mata untuk meraih views content masing-masing.

Baru-baru ini seorang Youtuber dari India, Nikku Vlogz telah membuat kerja gila dengan melakukan satu cabaran dimana dia akan ditanam hidup-hidup di dalam kubur selama 24 jam.

Perbuatannya itu juga telah dikecam hebat kerana dikatakan seolah-olah mencabar kekuasaan Allah.

Sebelum diletakkan di dalam kubur, dia telah melakukan persiapan awal dengan menyediakan kubur seperti sebuah bilik. Kubur itu juga telah dilengkapi dengan elektrik, penghawa dingin, internet dan beberapa kemudahan lain.

Setelah selesai menyediakan kubur tersebut, dia dan seorang lagi rakannya telah masuk ke dalam dengan rasa bangga manakala rakan-rakannya yang lain akan menimbus tanah ke atas kubur itu.

Sewaktu ditinggalkan di dalam kubur itu, mereka mulai menari-nari dengan iringan muzik kerana merasakan tiada apa yang berlaku.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga telah memesan makanan dari dalam kubur. Tiba-tiba, angin bertiup kencang menandakan hari akan hujan.

Hujan dan ribu petir yang kuat mulai datang dan rakan-rakan yang berada di luar membuat keputusan untuk menutup kubur itu dengan kanvas namun, kanvas tersebut juga terbang di bawa angin kencang.

Air hujan mulai memenuhi ruang kubur mereka menyebabkan mereka panik dan tidak tahu untuk berbuat apa. Rakan-rakan di luar mulai bertungkus lumus menggali semula kubur tersebut untuk mengeluarkan mereka.

Ribut semakin kuat dan air sudah hampir memenuhi seluruh ruang kubur. Akhirnya, mereka berjaya dikeluarkan dan telah dibawa ke hospital.

Di akhir video, dia jelas menyesal dengan perbuatannya dan menasihati penonton untuk tidak mempersendakan kebesaran Tuhan.

Baca juga: “Dah lima tahun tak nampak’- Jabatan Perikanan akui penyu belimbing kini diancam kepupusan