Kerja kutip sampah atau bidang pembersihan merupakan satu kerja yang mulia oleh kerana dia mepunyai ‘konfiden level’ yang tinggi sehinggakan beliau digelar pengutip sampah tercantik.
Wanita ini dari Thailand mempunyai ibu yang juga merupakan seorang tukang sapu di jalan dan ayahnya pula seorang pemandu lori sampah.
Ini adalah profesion yang ibu bapa saya lakukan untuk membesarkan saya, jadi saya bangga dengannya.
Walau bagaimanapun, di Malaysia sendiri tidak ramai yang mahu bekerja dalam bidang tersebut dan kebanyakannya adalah terdiri daripada warga asing.
In kerana, individu yang berada dalam industri tersebut perlu berdepan dengan bau busuk serta persekitaran kotor sebelum menjalankan proses pembersihan.
Baru-baru ini, seorang pengutip sampah di Thailand menjadi perhatian ramai di media sosial gara-gara dia memakai mekap semasa bekerja.
Tak kisah tentang pekerjaan sebagai penyapu sampah, tetap tampil cantik setiap hari. Wanita yang dikenali sebagai Pattaramon Thocharoen itu menjadi tular di media sosial.
Ini disebabkan netizen tempatan menggelarnya sebagai penyapu sampah yang paling cantik di negara berkenaan.
Menurut Pattaramon atau lebih mesra dipanggil Bow, dia memakai mekap ketika bekerja sebagai penyapu sampah di jalan untuk kepuasan diri sendiri.
Kerja hakiki sapu sampah, namun peroleh hasil lebih dari RM6,000 dari media sosial
Wanita itu turut memaklumkan bahawa dia juga memperoleh sekitar 12,000 Thai Baht (RM1,590) setiap bulan hasil daripada bekerja sebagai penyapu sampah di jalan.
Walau bagaimanapun, dia turut memperoleh pendapatan sampingan di TikTok sehingga mencecah 50,000 Thai Baht (RM6,622.74) menerusi penglibatan di media sosial seperti review jenama dan jualan produk tempatan.
Baca juga: Tuan pun naik hairan, rumah kayu 100 tahun masih utuh berdiri